Night Diamond Bloody Red - Alternate Select
PERBINCANGAN DALAM SUDUT UNDANG-UNDANG ISLAM & UNDANG-UNDANG SIVIK.Disediakan Oleh: Humairah, Ainul, Nadhirah, Ain, Hidayu

KOMUNIKASI & PENYIARAN ISLAM









DUA 6022 – KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

PERSEPSI TENTANG PERLUASAN FITNAH YANG BERLAKU DALAM INTERNET DAN SOSIAL MEDIA DALAM SUDUT UNDANG-UNDANG ISLAM DAN UNDANG-UNDANG SIVIL.

NAMA PENSYARAH : USTAZAH NORAINI BINTI NAWAWI


NAMA AHLI
NO PENDAFTARAN
1.
SITI NORHUMAIRAH BT MOHD HUSSAIN
02DAT16F1122
2.
SITI AINUL ASHIKIN BT ABDUL RAHMAN
02DAT16F1139
3.
NADHIRAH BT ISMAIL
02DAT16F1156
4.
AINNUNSUFIAH BT ABDUL RAHIM
02DAT16F1123
5.
SITI NORFAZILAWATI HIDAYU BT MOHAMOOD
02DAT16F1134
  

SESI JUN 2018 




ISI KANDUNGAN
1.0
PENGENALAN
1.1  FITNAH MELALUI INTERNET & MEDIA MASSA

2.0
JENIS-JENIS FITNAH DALAM ISLAM
3.0
PERLUASAN FITNAH DARI SUDUT UNDANG-UNDANG ISLAM DAN  UNDANG-UNDANG SIVIL
3.1 JENIS UNDANG-UNDANG FITNAH 
3.2 BENTUK TINDAKAN FITNAH


4.0

PUNCA - PUNCA FITNAH

5.0

KESAN - KESAN FITNAH

6.0

KEBEBASAN BERSUARA DAN FITNAH DI SISI ISLAM

7.0

KESIMPULAN

8.0

LAMPIRAN

9.0

RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

 FITNAH MELALUI INTERNET & MEDIA MASSA

Terdapat kebimbangan masyarakat mengenai Internet yang berpunca daripada beberapa bahan kontroversi di dalamnya. Pelanggaran hakcipta, bahan lucah, curian identiti, dan fitnah adalah sukar dikawal selia. Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan paparan yang terdapat melalui laman web. Mereka tidak menyelidik sama ada maklumat itu benar atau palsu. Kandungan yang bersifat fitnah dan maklumat palsu amat mudah mempengaruhi pemikiran masyarakat. Masyarakat sepatutnya menyelidik dahulu maklumat yang dipaparkan di internet mempunyai kesahihan dan sumbernya dan tidak sepatutnya menerima secara langsung dan menyebarkannya.
Pada masa kini, isu fitnah bukan sahaja berbentuk percakapan antara dua pihak namun juga dalam bentuk penulisan. Misalnya, dalam komunikasi massa terutamanya dalam blog juga turut wujudnya fitnah. Fitnah juga merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama.

Di dalam Al-Quran dan hadis sendiri ada banyak makna tentang fitnah seperti fitnah bermaksud syirik, berpaling dari jalan yang benar, sesat, pembunuhan dan kebinasaan, perselisihan dan peperangan, kemungkaran dan kemaksiatan termasuk juga menyebarkan berita palsu atau mengada-ngada cerita yang kemudian boleh memberikan kerugian terhadap orang lain juga dikenali sebagai memfitnah. 

    Fitnah merupakan suatu kebohongan yang sangat besar dan sangat merugikan dan termasuk dalam dosa besar. Oleh kerana itu, islam amat melarang umatnya memfitnah kerana hukum fitnah adalah haram.

   
Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Firman ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata yang disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini bagi mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau ahli masyarakat. Rasulullah S.A.W juga bersabda. Maksudya: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman jauhilah kebanyakkan dari prasangka, (sehingga kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Jadi patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Penyayang"
(Al-Hujarat:12)


2.0 JENIS-JENIS FITNAH DALAM ISLAM

a) FITNAH SYUBHAT

Fitnah syubhat merupakan fitnah paling berbahaya oleh kerana kurangnya ilmu dan lemahnya bashirah, ketika diiringi dengan niat buruk dan hawa nafsu maka timbullah fitnah besar dan keji. Rasulullah SAW sangat mengkhautirkan fitnah syubhat, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Barzah Al-aslamy, beliau bersabda yang ertinya, “Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu  adalah syahwat mengikut nafsu pada perut kamu dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yang menyesatkan”. Yang termasuk dalam fitnah syubhat adalah kekafiran. 
Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu  adalah syahwat   mengikut nafsu pada perut kamu dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yg menyesatkan”. Yang termasuk dalam fitnah syubhat adalah kekafiran. 
(H.R.Ahmad)


Allah SWT berfirman yang bermaksud :



“Katakanlah, Apakah kamu beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang  paling merungkani perbuatannya?” iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya mereka itu orang–orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuslah amalan-amalan mereka dan kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat”
(Q.S.Al-Kahfi 18:103-105).

Bid’ah merupakan penyebab perpecahan. sebuah hadis  dari  Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA yang berbunyi, ”ketahuilah,sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri kepada kami, lalu bersabda: Ketahuilah sesungguhnya Ahlul Kitab sebelum kamu telah berpecah belah menjadi 73 agama. Dan sesungguhnya agama ini (islam) akan berpecah belah menjadi 73 agama. 72 di dalam neraka dan nanti di dalam syurga iaitu Al-Jama’ah.


b) FITNAH SYAHWAT

Fitnah Syahwat merupakan segala perbuatan yang dapat melemahkan dan mengikis iman seseorang disebabkan oleh mengikut hawa nafsu. Mereka yang terkena fitnah syahwat biasanya malas beribadah serta tidak segan melanggar perintah Allah dan melakukan apa yang dilarang. Hal ini disebabkan oleh hawa nafsu berserta andil dari iblis yang sentiasa mengiringi dan membuat iman semakin lemah.  Umumnya fitnah syahwat adalah segala sesuatu yang berhubungan dengan dunia, kesenangan dan yang membangkitkan hawa nafsu.

 Allah SWT berfirman yang ertinya,
”Dijadikan indah bagi manusia kecintaan kepada syahwat (apa-apa yang diingini) berupa wanita, anak-anak, harta kekayaan yang berlimpah dari jenis emas, perak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan di sisi Allah S.W.T sahaja tempat kembali yang baik (syurga).


(Q.S.Al-Imran:14)


3.0 PERLUASAN FITNAH YANG BERLAKU DALAM INTERNET DAN SOSIAL MEDIA DALAM SUDUT UNDANG-UNDANG ISLAM DAN UNDANG-UNDANG SIVIL.

Jenayah fitnah merupakan satu aktiviti yang tidak sehat. Ianya boleh berlaku tanpa sempadan serta tidak mengira waktu dan tempat. Jenayah ini dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai kesedaran nilai-nilai murni dan tidak bertanggungjawab. Mereka boleh menyiarkan apa-apa saja maklumat tanpa mengambil kira kesahihan maklumat tersebut. Hal ini menjadi bertambah runsing apabila setiap maklumat yang disiarkan akan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca. Lebih menyedikan ramai daripada kalangan pembaca akan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak lain tanpa menganalisis kesahihan maklumat tersebut.

Budaya menyebarkan fitnah melalui alam siber seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya telah menjadi satu kebiasaan dan semakin popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Malah ianya turut menjadi satu kewajipan bagi sesetengah individu yang suka menyebarkan berita palsu dan panas.Tanpa disedari, budaya ini telah memberi kesan yang negatif dalam kalangan masyarakat dan mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak. Ramai pembaca yang kebanyakkan daripada mereka mengamalkan konsep setiap apa yang disiarkan dianggap betul dan tepat. Hal ini amatlah bahaya kerana mereka mempercayainya seratus peratus tanpa menyelidiknya terlebih dahulu,


Penyebaran fitnah dapat dilakukan dengan mudah dalam era komunikasi maju sekarang. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebaikan dan dakwah telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (sms), facebook, penulisan dalam blog, twitter dan email memudahkan penyebaran maklumat dapat dilakukan tanpa sempadan, tanpa perlu bersemuka, mudah dan kosnya sangat murah. Dengan kemudahan yang ada dan murah sebagai contoh khidmat pesanan ringkas (sms), whatsapp tidak memerlukan kos yang tinggi. Hanya memerlukan kos yang sangat rendah untuk menyebarkan maklumat


Kebelakangan ini kes-kes fitnah sering mendapat perhatian media massa. Oleh itu, rasanya agak sesuai juga jika blog ini menulis satu artikel ringkas mengenainya. Mana tahu ada pembaca-pembaca yang yang sudah difitnah atau telah membuat fitnah dan ingin mengetahui hak-hak dan tanggungan atau liabiliti mereka dari segi undang-undang.
Suka kami jelaskan disini bahawa satu tuntutan di bawah undang-undang tort, fitnah ini bukan sahaja boleh diambil bagi fitnah-fitnah yang disampaikan di alam nyata atau penulisan di media-media konvensional.

Malahan, keputusan-keputusan terbaru mahkamah di Malaysia membenarkan mereka yang difitnah di media baru atau media cyber untuk mendapat ganti rugi bagi sebarang fitnah atau tohmahan yang dilemparkan di sana juga.
Sebelum kita melihat dengan lebih mendalam pemakaian undang-undang fitnah  di Malaysia, elok juga kita mengenal pasti “Apakah itu fitnah atau defamation?“

Menurut kamus Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition, fitnah atau defamation adalah:

“The publication of a statement about a person that tends to lower his reputation in the opinion of right thinking members of the community or to make them shun or avoid him– Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition”

Dalam kata lain, ia merujuk kepada penerbitan kenyataan (lisan atau bertulis) yang mengakibatkan reputasi seseorang itu jatuh di mata masyarakat. Contohnya: Jika A mengatakan B merogol C dan mengakibatkan B dipandang serong oleh masyarakat, maka kenyataan A itu boleh dianggap sesuatu fitnah, tertakluk kepada elemen-elemen yang digunakan di dalam undang-undang ini.






Statistik laporan penyalahgunaan internet & sosial media pada tahun 2005-2008




3.1 JENIS UNDANG-UNDNAG FITNAH





Di dalam Akta Fitnah 1957, fitnah telah diklasifikasikan kepada dua bahagian :

3.1.1) LIBEL 
Sebarang penerbitan yang kekal yang ditujukan kepada mata. Kefitnahan juga boleh tergolong sebagai fitnah jenayah atau fitnah sivil. Fitnah jenayah diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dan fitnah sivil diambil tindakan di bawah Akta Kefitnahan 1957 (Safar, 2002).

3.1.2) SLANDER
Fitnah ini berbentuk percakapan dan ia adalah jenis fitnah yang tidak kekal dan ditujukan kepada telinga. Di Malaysia slander boleh dianggap sebagai satu jenayah di bawah Seksyen 499 Kanun Jenayah. Terdapat peruntukkan khas di mana terdapat jenis-jenis fitnah tidak perlu dibuktikan seperti fitnah terhadap wanita (Seksyen 4 Akta Fitnah), slander berkaitan reputasi rasmi, professional atau perniagaan dan slander hak milik.



Statistik kes Jenayah Siber pada tahun 2008 di Malysia 


                    Agak penting mengenal pasti yang mana satu slander dan yang mana satu libel kerana undang-undang mengenakan tanggungan berbeza terhadap kedua-duanya. Satu tuntutan bagi fitnah yang dilakukan secara lander hanya boleh dibuat jika orang yang menuntut (claimant) dapat menunjukkan kerugian khas (special damages, kecuali dalam kes-kes tertentu) . Tetapi dalam libel undang-undang menganggap kerugian telah dialami dan tuntutan boleh dibuat apabila sahaja yang dituntut membuat fitnah secara libel.



3.2 BENTUK TINDAKAN FITNAH

3.2.1. FITNAH JENAYAH


Tindakan di bawah Kanun Jenayah (Penal Code) Seksyen 499-502
  • Secara amnya, melibatkan fitnah terhadap pegawai kerajaan dalam kapasiti rasminya atau seseorang yang mungkin boleh menjejaskan 
    ketenteraman awam.
  • Jika sabit kesalahan, penjara sehingga 2 tahun dan/atau denda

Tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 (Sedition Act 1948)
  • Hasutan dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian atau mewujudkan kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan
  • Menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan
  • Menimbulkan perasaan benci di kalangan kaum di Malaysia
  • Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM 5,000.00 dan atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterusnya , penjara tidak melebihi 5 tahun.
  • Tindakan hanya boleh dimulakan oleh kerajaan melalui Peguam Negara dan tidak melalui individu

3.2.2. FITNAH SIVIL


Tindakan di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act)
  • Tindakan dimulakan atas kapasiti persendirian.
  • Plaintif dalam kes memohon penghakiman dan ganti rugi
Pihak yang Terlibat
  • Plaintif mempunyai hak untuk menentukan defendan dalam kesnya.
  • Selalunya, dalam kes libel, pihak yang terlibat ialah penulis, editor, penerbit, pencetak, dan kadangkala penjual bahan bercetak tersebut.
  • Dalam kes yang melibatkan teknologi maklumat (IT) seperti e-mel, sistem pesanan ringkas (SMS) dan lain-lain, orang yang bertanggungjawab ialah penulis, penyebar dan pembekal maklumat tersebut.


4.0 PUNCA-PUNCA FITNAH



  1. Di dorong oleh sifat mazmumah seperti tamak, iri hati dan mementingkan diri sendiri. 
  2. Di dalam kehidupan seharian, seseorang itu lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan (harta benda) melebihi kepentingan agama.
  3. Mengikut hawa nafsu dan niat yang tidak baik.
  4. Tidak meletakkan Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. teratas di dalam kehidupan seharian.
  5. Terlalu cuai dan melampau. 

5.0 KESAN-KESAN FITNAH

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mencadangkan pesalah siber dikenakan hukuman penjara mendatori sekurang-kurangnya 3 tahun dan sebatan, bagi menangani kes fitnah dan alam maya yang semakin membimbnagkan.

Cadangan ini dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara selepas Suruhanjaya berkenaan mengakui hukuman setahun penjara atau denda RM50 000 ke atas mereka yang disabitkan kesalahan pengikut seksyen 211 dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tidak memodal.


Selain itu, mereka juga boleh disabitkan dibawah Akta Hasutan kerana Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SKMM, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi, beliau berkata "hasutan tetap hasutan sama ada menerusi alam maya atau tidak"

  
tambahan pula, kesan dalam sudut fizikal adalah akan mula hilang kesabaran menyebabkan ia bertindak lebih agresif dan di luar batas kemanusiaan. Lazimnya perbuatan memfitnah berlaku didorong oleh tamak, iri hati dan mementingkan diri. Ia juga boleh berlaku jika seseorang lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan (harta benda) melebihi kepentingan agama. Implikasi fitnah lebih dahsyat daripada membunuh. Jika membunuh hanya membabitkan orang tertentu dan berakhir pada masa tertentu, namun fitnah boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta serta nyawa dalam jangka masa panjang yang sukar disekat. Orang yang difitnah akan mempertahankan diri dan apabila tahap kesabarannya.

Fitnah bukan sahaja merupakan perbuatan yang terkutuk dan dilaknat oleh Allah S.W.T bahkan juga membawa kesan buruk kepada individu mahupun masyarakat.
Antara kesan fitnah ialah menimbulkan keburukan dan mengaibkan seseorang. Nama baik dan air muka seseorang individu boleh tercemar atau tercalar apabila wujud fitnah yang dilemparkan terhadapnya yang mana boleh mengaibkan dirinya.


Hal ini, boleh menyebabkan wujud rasa kebencian dan permusuhan terhadap mangsa fitnah tersebut. Dengan ini, individu itu bukan sahaja akan berdepan dengan cercaan dan pandangan negatif terhadapnya malah reputasi dan kreditilitinya juga akan dipertikai. Antara impaknya ialah tercetusnya masalah rumah tangga sehingga mengakibatkan perceraian akibat cerita buruk melalui fitnah yang disebar. Selain itu, fitnah juga boleh menjejaskan periuk nasi mangsa dan pekerjaan atau sumber rezeki individu berkenaan.
Fitnah secara tidak langsung juga boleh menyebabkan seorang mangsa mengalami tekanan emosi dan masalah psikologi apabila timbul stigma, pandangan negatif dan prejudis terhadapnya.

Tanpa iman dan semangat yang kuat dan kental, seseorang itu akan dicengkam dengan rasa sedih dan murung yang melampau hingga melarikan atau menyepikan diri dari masyarakat. Dalam keadaan yang lebih teruk, mangsa mungkin mengalami agorafobia, iaitu sejenis masalah apabila penghidapnya mengalami rasa takut untuk berada di tempat awam atau tempat terbuka.


Bukan itu sahaja, fitnah ialah satu perkara yang boleh merosakkan persaudaraan dan perpaduan. Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan permusuhan, pertelagahan serta hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat. Apabila ukhuwah serta semangat persaudaraan luntur maka lenyap dan runtuhlah kebahagiaan dan kemanisan hidup bermasyarakat.


Selain itu, fitnah mampu mengancam keselamatan negara apabila nama negara terjejas. Anasir fitnah yang berleluasa mampu menyebabkan keseimbangan negara dan keselamatan negara tergugat lantas mencetuskan pergolakan.
Apabila salah faham akibat fitnah timbul seperti timbulnya provokasi sentimen perkauman dan keagamaan, suasana yang genting boleh mencetuskan peperangan dan pertumpahan darah.


Di samping kesan buruk fitnah terhadap institusi sosial, fitnah juga boleh menjatuhkan ekonomi negara. Kesannya ialah mewujudkan sentimen anti sesebuah negara serta membentuk persepsi palsu dan negatif. Hal ini mampu memberikan impak kepada sektor ekonomi sesuatu negara.
Keburukan dan persepsi negatif ini boleh menakutkan pelabur dan peniaga asing untuk melabur di sesebuah ngara itu akibat. Selain itu, fitnah juga akan menempias industri pelancongan sesuatu negara. Bukan itu sahaja, hal ini malah boleh membawa kepada pemboikotan produk atau barangan dari sesebuah negara itu. Akibatnya, ekonomi negara akan menjadi lumpuh.



Fitnah merupakan perbuatan yang dipandang hina oleh mana-mana agama kerana impak buruknya. Justeru, langkah untuk menangani atau membendung masalah ini perlu dipandang serius dan dilaksanakan.




6.0 KEBEBASAN BERSUARA DAN FITNAH DI SISI ISLAM

Agama Islam juga mengetengahkan beberapa hak asasi yang boleh dipraktikkan oleh seseorang Muslim . Sesungguhnya terdapat 6 kebebasan bersuara yang dianjurkan oleh Islam (Harun Mahmud Hashim, 2001) . Pertama adalah hak memberi nasihat, hak berunding dan bermesyuarat, hak membuat ijtihad, hak mengkritik orang lain, hak memberikan pendapat, hak untuk berpersatuan dan akhir sekali kebebasan beragama .


Namun begitu persoalan tentang kebebasan bersuara ini banyak menimbulkan kontroversi di kalangan orang yang beragama islam. Dari satu sudut, Islam dilihat sangat sempurna apabila membenarkan umatnya untuk menyuarakan pendapat masing-masing . Tetapi, apakah yang perlu dilakukan seandainya seorang yang menyuarakan pendapatnya telah didapati menghina ataupun menyatakan sesuatu terhadap agama Islam itu sendiri ataupun saudara sama-sama Islam ? Masih boleh lagikah dia dibela di bawah prinsip kebebasan bersuara ataupun dia perlu dihukum sebagai orang yang tergolong dalam golongan pemfitnah ?
   
Apabila wujud sesuatu kontroversi seperti penghinaan terhadap Islam dan Muslim, kaum Muslim akan berkempen untuk membawa golongan yang terlibat itu untuk dihadapkan ke mahkamah. Alasannya, mereka telah melancarkan fitnah. Namun bagi pihak yang dituduh, mereka berasaskan yang mereka hanya mempraktikan kebebasan bersuara yang dianjurkan oleh Islam . Perkara ini jugalah yang berlaku terhadap seorang ahli akademik Kuwait, Dr. Ahmad Al-Baghdadi yang dipenjarakan selama sebulan di Kuwait kerana didapati menulis dalam satu artikel bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah gagal dalam misinya di Makkah . (Abdelwahab El-Affendi, 1999) Sememang, dari sudut Al-Quran itu sendiri telah menekankan bahawa Nabi Muhammad tidak gagal dalam misinya di Makkah . Hakikatnya, baginda berhijrah ke Madinah atas perintah Allah bagi memastikan keselamatan baginda dan kaum Muslimin terjamin . Misinya tidak terhenti setakat itu kerana daripada Madinah sendiri baginda masih lagi berusaha untuk mendidik dan berdakwah kepada penduduk Makkah . Timbul satu lagi isu disini bahawa apakah satu kayu ukur ataupun pengukuran tertentu yang diperlukan bagi mengukur sesuatu pernyataan itu bagi menentukan sama ada ia wajar atau tidak untuk diperkatakan .

     
Ini adalah sesuatu yang sangat subjektif kerana kadangkala ada pihak yang merasakan perkataan atau ayat itu tidak berbentuk fitnah tetapi pihak lain beranggapan yang sedemikian . Persepsi sebegini ini banyak dipengaruhi secara psikologi, latar belakang dan pengetahuan seseorang individu yang terbabit.

                   
Ini juga menyebabkan individu yang bukan beragama Islam sering mempunyai salah tanggapan bahawa agama Islam itu satu agama yang jumud, terhad dan tidak bebas . Sedangkan hakikatnya Islam itu merupakan satu agama yang mementingkan kebebasan bersuara seperti agama dan masyarakat lain . Cuma Islam sedikit unik apabila ia mementingkan kemakmuran dan keamanan dan dengan itu ia menolak segala macam bentuk penganiayaan kepada bukan sahaja kaum Muslimin tetapi juga bukan Muslimin

               
Islam juga menekankan bahawa mana-mana kaumnya yang mengeluarkan perkataan boleh dikategorikan sebagai fitnah sekiranya ia mendatangkan bencana kepada individu lain . Di dalam Al-Quran tidak disebut ‘perkataan’ yang hanya merujuk kepada perkataan lisan sahaja . Oleh itu, ia menunjukkan bahawa perkataan itu membawa maksud yang sangat luas merangkumi perkataan dari segi lisan mahupun bukan lisan . Oleh itu juga kajian tinjauan ini akan merungkai sama ada fitnah siber itu juga boleh dijatuhkan hukuman ataupun terangkum dalam golongan pemfitnah seperti yang terkandung dalam Al-Quran .


7.0 KESIMPULAN

setiap negara di dunia mempunyai pendirian dan langkah-langkah yang tertentu bagi menangani masalah jenayah siber ini. Begitu juga di Malaysia, kerajaan telah mengambil langkah-langkah tersendiri bagi menangani perluasan fitnah yang sedang berlaku dalam internet atau laman sosial. Ada di antara rakyat Malaysia yang sering mempersoalkan kebebasan-kebebasan yang mereka fikir wajar mereka perolehi supaya idea dan akal fikiran boleh diluahkan tanpa rasa bersalah. Walaupun kerajaan bersifat terbuka, ia tidak seharusnya disalahgunakan sehingga mendatangkan kekecohan atau kecederaan kepada pihak lain. Rakyat perlu sedar bahawa mereka masih lagi tertakluk kepada undang-undang yang telah ditetapkan.

Walaupun Internet dan sistem pesanan ringkas merupakan salah satu bentuk media, tetapi sifat Internet dan sistem pesanan ringkas itu berbeza dengan media-media lain. Hal ini dipandang dari sudut keupayaan Internet dan sistem pesanan ringkas itu membolehkan para penggunanya memasukkan dan memindahkan segala bahan maklumat mereka secara cepat dan segera. Ini menyebabkan pembekal perkhidmatan Internet dan juga penyedia kemudahan sistem pesanan ringkas sukar untuk mengadakan kawalan ke atas isi kandungan yang dimasukkan ke dalam papan buletin Internet dan juga yang dikirimkan melalui sistem pesanan ringkas. Oleh itu, secara ringkasnya dapatlah dikatakan bahawa sewajarnya para pembekal perkhidmatan Internet dan juga penyedia kemudahan sistem pesanan ringkas tidak dibebankan tanggungan terhadap bahan-bahan yang dikirimkan dalam kedua-dua media tersebut. Walaupun pihak pembekal perkhidmatan Internet itu tidak sewajarnya dipertanggungjawabkan ke atas bahan-bahan yang terdapat dalam papan buletin Internet mereka, tetapi jika dapat dibuktikan bahawa mereka telah bersubahat atau telah turut sama dalam pengiriman bahan fitnah libel itu, maka dalam kes sebegini, pembekal perkhidmatan Internet boleh turut sama dipertanggungjawabkan atas kesalahan fitnah libel itu. 

Akhir sekali, dalam usaha pembangunan e-Malaysia, setiap individu haruslah lebih peka dengan perancangan yang dibuat oleh kerajaan dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020. Dalam mewujudkan masyarakat “minda kelas pertama”, masyarakat haruslah mengetahui keburukan yang bakal menimpa sekiranya gejala fitnah siber ini menjadi satu bentuk penyakit yang serius di dalam masyarakat. Segala ucapan ataupun luahan hati haruslah disampaikan secara bijak dan teknologi maklumat bukannya satu bentuk landasan yang membolehkan kita melakukan apa sahaja bentuk kesalahan maya yang dianggap sebagai satu kesalahan remeh dan ringan.  






8.0 LAMPIRAN

Majalah


Carta 



Gambar



Keratan Akhbar



Keratan Akhbar


Keratan Akhbar





Video : FITNAH MELALUI MEDIA MASSA





9.0 RUJUKAN
  •  Fitnah melalui internet dan telekomunikasi menurut undang-undang ciptaan dan undang-undang islam - Abdul Basir bin Mohamad (Prof. Madya, Dr.) Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM abasir@pkrisc.cc.ukm.my (2007)

  •  Bidang agama, surat khabar Berita Harian, tarikh 22/07/2015, muka surat : 30
  • BERITA MAFINDO diliputi oleh majalah Sindo Weekly (No28, Tahun VI, 11-17 September 2017 di rubrik "Nasional", halaman 17
  • kamus Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition