DUA
6022 – KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
PERSEPSI
TENTANG PERLUASAN FITNAH YANG BERLAKU DALAM INTERNET DAN SOSIAL MEDIA DALAM
SUDUT UNDANG-UNDANG ISLAM DAN UNDANG-UNDANG SIVIL.
NAMA
PENSYARAH : USTAZAH NORAINI BINTI NAWAWI
NAMA AHLI
|
NO PENDAFTARAN
|
|
1.
|
SITI NORHUMAIRAH BT MOHD HUSSAIN
|
02DAT16F1122
|
2.
|
SITI AINUL ASHIKIN BT ABDUL RAHMAN
|
02DAT16F1139
|
3.
|
NADHIRAH BT ISMAIL
|
02DAT16F1156
|
4.
|
AINNUNSUFIAH BT ABDUL RAHIM
|
02DAT16F1123
|
5.
|
SITI NORFAZILAWATI HIDAYU BT MOHAMOOD
|
02DAT16F1134
|
SESI
JUN 2018
ISI KANDUNGAN
1.0
|
PENGENALAN
1.1 FITNAH MELALUI INTERNET &
MEDIA MASSA
|
2.0
|
JENIS-JENIS FITNAH DALAM ISLAM
|
3.0
|
PERLUASAN FITNAH DARI SUDUT
UNDANG-UNDANG ISLAM DAN UNDANG-UNDANG SIVIL
3.1 JENIS UNDANG-UNDANG FITNAH
3.2 BENTUK TINDAKAN FITNAH
|
4.0 |
PUNCA - PUNCA FITNAH |
5.0 |
KESAN - KESAN FITNAH |
6.0 |
KEBEBASAN BERSUARA DAN FITNAH DI SISI
ISLAM
|
7.0 |
KESIMPULAN
|
8.0 |
LAMPIRAN
|
9.0
|
RUJUKAN
|
1.0 PENGENALAN
FITNAH MELALUI INTERNET & MEDIA
MASSA
Terdapat kebimbangan masyarakat mengenai
Internet yang berpunca daripada beberapa bahan kontroversi di dalamnya.
Pelanggaran hakcipta, bahan lucah, curian identiti, dan fitnah adalah sukar dikawal
selia. Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan paparan yang terdapat
melalui laman web. Mereka tidak menyelidik sama ada maklumat itu benar atau
palsu. Kandungan yang bersifat fitnah dan maklumat palsu amat mudah
mempengaruhi pemikiran masyarakat. Masyarakat sepatutnya menyelidik dahulu
maklumat yang dipaparkan di internet mempunyai kesahihan dan sumbernya dan
tidak sepatutnya menerima secara langsung dan menyebarkannya.
Pada masa kini, isu fitnah bukan sahaja
berbentuk percakapan antara dua pihak namun juga dalam bentuk penulisan.
Misalnya, dalam komunikasi massa terutamanya dalam blog juga turut wujudnya
fitnah. Fitnah juga merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela
oleh mana-mana agama.
Di dalam Al-Quran dan hadis
sendiri ada banyak makna tentang fitnah seperti fitnah bermaksud syirik,
berpaling dari jalan yang benar, sesat, pembunuhan dan kebinasaan, perselisihan
dan peperangan, kemungkaran dan kemaksiatan termasuk juga menyebarkan berita
palsu atau mengada-ngada cerita yang kemudian boleh memberikan kerugian
terhadap orang lain juga dikenali sebagai memfitnah.
Fitnah merupakan suatu kebohongan yang
sangat besar dan sangat merugikan dan termasuk dalam dosa besar. Oleh kerana itu,
islam amat melarang umatnya memfitnah kerana hukum fitnah adalah haram.
Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai
orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik membawa sesuatu berita,
maka selidik(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu
kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya)
sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah
al-Hujurat, ayat 6)
Firman ini memberi gambaran bahawa setiap
kata-kata yang disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar
kebenarannya dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur
fitnah. Hal ini bagi mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang
individu atau ahli masyarakat. Rasulullah S.A.W juga bersabda. Maksudya: “Tidak
masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim)
Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang yang
beriman jauhilah kebanyakkan dari prasangka, (sehingga kamu tidak menyangka
sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu
adalah dosa. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang
telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Jadi patuhilah
larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya Allah
Penerima Taubat lagi Maha Penyayang"
(Al-Hujarat:12)
2.0 JENIS-JENIS FITNAH DALAM
ISLAM
a) FITNAH SYUBHAT
Fitnah syubhat merupakan
fitnah paling berbahaya oleh kerana kurangnya ilmu dan lemahnya bashirah,
ketika diiringi dengan niat buruk dan hawa nafsu maka timbullah fitnah besar dan
keji. Rasulullah SAW sangat mengkhautirkan fitnah syubhat, sebagaimana hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Barzah Al-aslamy, beliau bersabda yang ertinya,
“Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat mengikut nafsu pada perut kamu
dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yang menyesatkan”. Yang termasuk
dalam fitnah syubhat adalah kekafiran.
“Sesungguhnya di antara
yang aku takutkan atas kamu adalah
syahwat mengikut nafsu pada perut kamu
dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yg menyesatkan”. Yang termasuk
dalam fitnah syubhat adalah kekafiran.
(H.R.Ahmad)
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Katakanlah, Apakah kamu
beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang
paling merungkani perbuatannya?” iaitu orang-orang yang telah sia-sia
perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa
mereka berbuat sebaik-baiknya mereka itu orang–orang yang telah kufur terhadap
ayat-ayat tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka
hapuslah amalan-amalan mereka dan kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan)
mereka pada hari kiamat”
(Q.S.Al-Kahfi 18:103-105).
Bid’ah merupakan penyebab
perpecahan. sebuah hadis dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA yang berbunyi,
”ketahuilah,sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri kepada kami, lalu bersabda:
Ketahuilah sesungguhnya Ahlul Kitab sebelum kamu telah berpecah belah menjadi
73 agama. Dan sesungguhnya agama ini (islam) akan berpecah belah menjadi 73
agama. 72 di dalam neraka dan nanti di dalam syurga iaitu Al-Jama’ah.
b) FITNAH SYAHWAT
Fitnah Syahwat merupakan
segala perbuatan yang dapat melemahkan dan mengikis iman seseorang disebabkan
oleh mengikut hawa nafsu. Mereka yang terkena fitnah syahwat biasanya malas
beribadah serta tidak segan melanggar perintah Allah dan melakukan apa yang
dilarang. Hal ini disebabkan oleh hawa nafsu berserta andil dari iblis yang
sentiasa mengiringi dan membuat iman semakin lemah. Umumnya fitnah syahwat adalah segala sesuatu
yang berhubungan dengan dunia, kesenangan dan yang membangkitkan hawa nafsu.
Allah SWT berfirman yang ertinya,
”Dijadikan indah bagi
manusia kecintaan kepada syahwat (apa-apa yang diingini) berupa wanita,
anak-anak, harta kekayaan yang berlimpah dari jenis emas, perak dan sawah
ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan di sisi Allah S.W.T sahaja tempat kembali
yang baik (syurga).
(Q.S.Al-Imran:14)
3.0 PERLUASAN
FITNAH YANG BERLAKU DALAM INTERNET DAN SOSIAL MEDIA DALAM SUDUT UNDANG-UNDANG
ISLAM DAN UNDANG-UNDANG SIVIL.
Jenayah fitnah merupakan satu aktiviti yang tidak
sehat. Ianya boleh berlaku tanpa sempadan serta tidak mengira waktu dan tempat.
Jenayah ini dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai kesedaran nilai-nilai
murni dan tidak bertanggungjawab. Mereka boleh menyiarkan apa-apa saja maklumat
tanpa mengambil kira kesahihan maklumat tersebut. Hal ini menjadi bertambah
runsing apabila setiap maklumat yang disiarkan akan mendapat sambutan daripada
pembaca-pembaca. Lebih menyedikan ramai daripada kalangan pembaca akan
berkongsi maklumat tersebut dengan pihak lain tanpa menganalisis kesahihan
maklumat tersebut.
Budaya menyebarkan fitnah melalui alam siber seperti
facebook, twitter, blog dan sebagainya telah menjadi satu kebiasaan dan semakin
popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Malah ianya turut menjadi satu
kewajipan bagi sesetengah individu yang suka menyebarkan berita palsu dan
panas.Tanpa disedari, budaya ini telah memberi kesan yang negatif dalam
kalangan masyarakat dan mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak. Ramai
pembaca yang kebanyakkan daripada mereka mengamalkan konsep setiap apa yang
disiarkan dianggap betul dan tepat. Hal ini amatlah bahaya kerana mereka
mempercayainya seratus peratus tanpa menyelidiknya terlebih dahulu,
Penyebaran fitnah dapat dilakukan dengan mudah dalam
era komunikasi maju sekarang. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan
kebaikan dan dakwah telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kemudahan khidmat pesanan ringkas (sms), facebook, penulisan dalam blog,
twitter dan email memudahkan penyebaran maklumat dapat dilakukan tanpa
sempadan, tanpa perlu bersemuka, mudah dan kosnya sangat murah. Dengan
kemudahan yang ada dan murah sebagai contoh khidmat pesanan ringkas (sms),
whatsapp tidak memerlukan kos yang tinggi. Hanya memerlukan kos yang sangat
rendah untuk menyebarkan maklumat
Kebelakangan ini kes-kes fitnah sering mendapat perhatian media massa. Oleh itu, rasanya agak
sesuai juga jika blog ini menulis satu artikel ringkas mengenainya. Mana tahu
ada pembaca-pembaca yang yang sudah difitnah atau telah membuat fitnah dan
ingin mengetahui hak-hak dan tanggungan atau liabiliti mereka dari segi
undang-undang.
Suka kami jelaskan disini bahawa satu
tuntutan di bawah undang-undang tort, fitnah ini bukan sahaja boleh diambil
bagi fitnah-fitnah yang disampaikan di alam nyata atau penulisan di media-media
konvensional.
Malahan, keputusan-keputusan terbaru mahkamah
di Malaysia membenarkan mereka yang difitnah di media baru atau media cyber
untuk mendapat ganti rugi bagi sebarang fitnah atau tohmahan yang dilemparkan
di sana juga.
Sebelum kita melihat dengan lebih
mendalam pemakaian undang-undang fitnah
di Malaysia, elok juga kita mengenal pasti “Apakah itu fitnah atau
defamation?“
Menurut kamus Oxford, A Concise
Dictionary of Law, 2nd Edition, fitnah atau defamation adalah:
“The publication of a statement about a
person that tends to lower his reputation in the opinion of right thinking
members of the community or to make them shun or avoid him– Oxford, A Concise
Dictionary of Law, 2nd Edition”
Dalam kata lain, ia merujuk
kepada penerbitan kenyataan (lisan atau bertulis) yang mengakibatkan reputasi
seseorang itu jatuh di mata masyarakat. Contohnya: Jika A mengatakan B merogol
C dan mengakibatkan B dipandang serong oleh masyarakat, maka kenyataan A itu
boleh dianggap sesuatu fitnah, tertakluk kepada elemen-elemen yang digunakan di
dalam undang-undang ini.
Statistik laporan penyalahgunaan internet & sosial media pada tahun 2005-2008
3.1 JENIS UNDANG-UNDNAG FITNAH
Di dalam Akta Fitnah
1957, fitnah telah diklasifikasikan kepada dua bahagian :
3.1.1) LIBEL
Sebarang penerbitan
yang kekal yang ditujukan kepada mata. Kefitnahan juga boleh tergolong sebagai
fitnah jenayah atau fitnah sivil. Fitnah jenayah diambil tindakan di bawah
Kanun Keseksaan (Akta 574) dan fitnah sivil diambil tindakan di bawah Akta
Kefitnahan 1957 (Safar, 2002).
3.1.2) SLANDER
Fitnah ini berbentuk
percakapan dan ia adalah jenis fitnah yang tidak kekal dan ditujukan kepada
telinga. Di Malaysia slander boleh dianggap sebagai satu jenayah di
bawah Seksyen 499 Kanun Jenayah. Terdapat peruntukkan khas di mana terdapat
jenis-jenis fitnah tidak perlu dibuktikan seperti fitnah terhadap wanita
(Seksyen 4 Akta Fitnah), slander berkaitan reputasi rasmi,
professional atau perniagaan dan slander hak milik.
Statistik kes Jenayah Siber pada tahun 2008 di Malysia
Agak penting mengenal pasti yang mana satu slander dan yang mana satu libel kerana undang-undang mengenakan tanggungan berbeza terhadap kedua-duanya. Satu tuntutan bagi fitnah yang dilakukan secara lander hanya boleh dibuat jika orang yang menuntut (claimant) dapat menunjukkan kerugian khas (special damages, kecuali dalam kes-kes tertentu) . Tetapi dalam libel undang-undang menganggap kerugian telah dialami dan tuntutan boleh dibuat apabila sahaja yang dituntut membuat fitnah secara libel.
3.2 BENTUK TINDAKAN FITNAH
3.2.1.
FITNAH JENAYAH
Tindakan
di bawah Kanun Jenayah (Penal Code) Seksyen 499-502
-
Secara amnya, melibatkan fitnah terhadap pegawai kerajaan dalam
kapasiti rasminya atau seseorang yang mungkin boleh menjejaskan
ketenteraman awam.
- Jika sabit kesalahan, penjara sehingga 2 tahun
dan/atau denda
Tindakan
di bawah Akta Hasutan 1948 (Sedition Act 1948)
- Hasutan dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian atau
mewujudkan kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan
- Menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan
- Menimbulkan perasaan benci di kalangan kaum di Malaysia
- Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM 5,000.00 dan atau
penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan
seterusnya , penjara tidak melebihi 5 tahun.
- Tindakan hanya
boleh dimulakan oleh kerajaan melalui Peguam Negara dan tidak melalui
individu
3.2.2. FITNAH SIVIL
Tindakan
di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act)
- Tindakan dimulakan atas kapasiti persendirian.
- Plaintif dalam
kes memohon penghakiman dan ganti rugi
Pihak
yang Terlibat
- Plaintif mempunyai hak untuk menentukan defendan dalam kesnya.
- Selalunya, dalam kes libel, pihak yang terlibat ialah penulis, editor,
penerbit, pencetak, dan kadangkala penjual bahan bercetak tersebut.
- Dalam kes yang
melibatkan teknologi maklumat (IT) seperti e-mel, sistem pesanan ringkas
(SMS) dan lain-lain, orang yang bertanggungjawab ialah penulis, penyebar
dan pembekal maklumat tersebut.
Secara amnya, melibatkan fitnah terhadap pegawai kerajaan dalam
kapasiti rasminya atau seseorang yang mungkin boleh menjejaskan
ketenteraman awam.
4.0 PUNCA-PUNCA FITNAH
- Di dorong oleh sifat mazmumah seperti tamak, iri hati dan mementingkan diri sendiri.
- Di dalam kehidupan seharian, seseorang itu lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan (harta benda) melebihi kepentingan agama.
- Mengikut hawa nafsu dan niat yang tidak baik.
- Tidak meletakkan Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. teratas di dalam kehidupan seharian.
- Terlalu cuai dan melampau.
5.0 KESAN-KESAN FITNAH
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mencadangkan pesalah siber dikenakan hukuman penjara mendatori sekurang-kurangnya 3 tahun dan sebatan, bagi menangani kes fitnah dan alam maya yang semakin membimbnagkan.
Cadangan ini dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara selepas Suruhanjaya berkenaan mengakui hukuman setahun penjara atau denda RM50 000 ke atas mereka yang disabitkan kesalahan pengikut seksyen 211 dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tidak memodal.
Selain itu, mereka juga boleh disabitkan dibawah Akta Hasutan kerana Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SKMM, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi, beliau berkata "hasutan tetap hasutan sama ada menerusi alam maya atau tidak"
tambahan pula, kesan dalam sudut fizikal adalah akan mula hilang kesabaran menyebabkan ia bertindak lebih agresif dan di luar batas kemanusiaan. Lazimnya perbuatan memfitnah berlaku didorong oleh tamak, iri hati dan mementingkan diri. Ia juga boleh berlaku jika seseorang lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan (harta benda) melebihi kepentingan agama. Implikasi fitnah lebih dahsyat daripada membunuh. Jika membunuh hanya membabitkan orang tertentu dan berakhir pada masa tertentu, namun fitnah boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta serta nyawa dalam jangka masa panjang yang sukar disekat. Orang yang difitnah akan mempertahankan diri dan apabila tahap kesabarannya.
Fitnah
bukan sahaja merupakan perbuatan yang terkutuk dan dilaknat oleh Allah S.W.T
bahkan juga membawa kesan buruk kepada individu mahupun masyarakat.
Antara
kesan fitnah ialah menimbulkan keburukan dan mengaibkan seseorang. Nama baik
dan air muka seseorang individu boleh tercemar atau tercalar apabila wujud
fitnah yang dilemparkan terhadapnya yang mana boleh mengaibkan dirinya.
Hal
ini, boleh menyebabkan wujud rasa kebencian dan permusuhan terhadap
mangsa fitnah tersebut. Dengan ini, individu itu bukan sahaja akan berdepan
dengan cercaan dan pandangan negatif terhadapnya malah reputasi dan
kreditilitinya juga akan dipertikai. Antara impaknya ialah tercetusnya masalah
rumah tangga sehingga mengakibatkan perceraian akibat cerita buruk melalui
fitnah yang disebar. Selain itu, fitnah juga boleh menjejaskan periuk nasi
mangsa dan pekerjaan atau sumber rezeki individu berkenaan.
Fitnah
secara tidak langsung juga boleh menyebabkan seorang mangsa mengalami tekanan
emosi dan masalah psikologi apabila timbul stigma, pandangan negatif dan
prejudis terhadapnya.
Tanpa
iman dan semangat yang kuat dan kental, seseorang itu akan dicengkam dengan
rasa sedih dan murung yang melampau hingga melarikan atau menyepikan diri dari
masyarakat. Dalam keadaan yang lebih teruk, mangsa mungkin mengalami
agorafobia, iaitu sejenis masalah apabila penghidapnya mengalami rasa takut
untuk berada di tempat awam atau tempat terbuka.
Bukan
itu sahaja, fitnah ialah satu perkara yang boleh merosakkan persaudaraan dan
perpaduan. Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua,
malah menyebabkan permusuhan, pertelagahan serta hilangnya perasaan kasih
sayang, hormat dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat. Apabila ukhuwah serta
semangat persaudaraan luntur maka lenyap dan runtuhlah kebahagiaan dan
kemanisan hidup bermasyarakat.
Selain
itu, fitnah mampu mengancam keselamatan negara apabila nama negara terjejas.
Anasir fitnah yang berleluasa mampu menyebabkan keseimbangan negara dan
keselamatan negara tergugat lantas mencetuskan pergolakan.
Apabila
salah faham akibat fitnah timbul seperti timbulnya provokasi sentimen perkauman
dan keagamaan, suasana yang genting boleh mencetuskan peperangan dan
pertumpahan darah.
Di
samping kesan buruk fitnah terhadap institusi sosial, fitnah juga boleh
menjatuhkan ekonomi negara. Kesannya ialah mewujudkan sentimen anti sesebuah
negara serta membentuk persepsi palsu dan negatif. Hal ini mampu memberikan
impak kepada sektor ekonomi sesuatu negara.
Keburukan
dan persepsi negatif ini boleh menakutkan pelabur dan peniaga asing untuk
melabur di sesebuah ngara itu akibat. Selain itu, fitnah juga akan menempias
industri pelancongan sesuatu negara. Bukan itu sahaja, hal ini malah boleh
membawa kepada pemboikotan produk atau barangan dari sesebuah negara itu.
Akibatnya, ekonomi negara akan menjadi lumpuh.
Fitnah
merupakan perbuatan yang dipandang hina oleh mana-mana agama kerana impak
buruknya. Justeru, langkah untuk menangani atau membendung masalah ini
perlu dipandang serius dan dilaksanakan.
6.0 KEBEBASAN BERSUARA DAN FITNAH DI SISI ISLAM
Agama Islam juga mengetengahkan beberapa hak asasi yang boleh dipraktikkan oleh seseorang Muslim . Sesungguhnya terdapat 6 kebebasan bersuara yang dianjurkan oleh Islam (Harun Mahmud Hashim, 2001) . Pertama adalah hak memberi nasihat, hak berunding dan bermesyuarat, hak membuat ijtihad, hak mengkritik orang lain, hak memberikan pendapat, hak untuk berpersatuan dan akhir sekali kebebasan beragama .
Namun begitu persoalan tentang kebebasan bersuara ini banyak menimbulkan kontroversi di kalangan orang yang beragama islam. Dari satu sudut, Islam dilihat sangat sempurna apabila membenarkan umatnya untuk menyuarakan pendapat masing-masing . Tetapi, apakah yang perlu dilakukan seandainya seorang yang menyuarakan pendapatnya telah didapati menghina ataupun menyatakan sesuatu terhadap agama Islam itu sendiri ataupun saudara sama-sama Islam ? Masih boleh lagikah dia dibela di bawah prinsip kebebasan bersuara ataupun dia perlu dihukum sebagai orang yang tergolong dalam golongan pemfitnah ?
Apabila wujud sesuatu kontroversi seperti penghinaan terhadap Islam dan Muslim, kaum Muslim akan berkempen untuk membawa golongan yang terlibat itu untuk dihadapkan ke mahkamah. Alasannya, mereka telah melancarkan fitnah. Namun bagi pihak yang dituduh, mereka berasaskan yang mereka hanya mempraktikan kebebasan bersuara yang dianjurkan oleh Islam . Perkara ini jugalah yang berlaku terhadap seorang ahli akademik Kuwait, Dr. Ahmad Al-Baghdadi yang dipenjarakan selama sebulan di Kuwait kerana didapati menulis dalam satu artikel bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah gagal dalam misinya di Makkah . (Abdelwahab El-Affendi, 1999) Sememang, dari sudut Al-Quran itu sendiri telah menekankan bahawa Nabi Muhammad tidak gagal dalam misinya di Makkah . Hakikatnya, baginda berhijrah ke Madinah atas perintah Allah bagi memastikan keselamatan baginda dan kaum Muslimin terjamin . Misinya tidak terhenti setakat itu kerana daripada Madinah sendiri baginda masih lagi berusaha untuk mendidik dan berdakwah kepada penduduk Makkah . Timbul satu lagi isu disini bahawa apakah satu kayu ukur ataupun pengukuran tertentu yang diperlukan bagi mengukur sesuatu pernyataan itu bagi menentukan sama ada ia wajar atau tidak untuk diperkatakan .
Ini adalah sesuatu yang sangat subjektif kerana kadangkala ada pihak yang merasakan perkataan atau ayat itu tidak berbentuk fitnah tetapi pihak lain beranggapan yang sedemikian . Persepsi sebegini ini banyak dipengaruhi secara psikologi, latar belakang dan pengetahuan seseorang individu yang terbabit.
Ini juga menyebabkan individu yang bukan beragama Islam sering mempunyai salah tanggapan bahawa agama Islam itu satu agama yang jumud, terhad dan tidak bebas . Sedangkan hakikatnya Islam itu merupakan satu agama yang mementingkan kebebasan bersuara seperti agama dan masyarakat lain . Cuma Islam sedikit unik apabila ia mementingkan kemakmuran dan keamanan dan dengan itu ia menolak segala macam bentuk penganiayaan kepada bukan sahaja kaum Muslimin tetapi juga bukan Muslimin
Islam juga menekankan bahawa mana-mana kaumnya yang mengeluarkan perkataan boleh dikategorikan sebagai fitnah sekiranya ia mendatangkan bencana kepada individu lain . Di dalam Al-Quran tidak disebut ‘perkataan’ yang hanya merujuk kepada perkataan lisan sahaja . Oleh itu, ia menunjukkan bahawa perkataan itu membawa maksud yang sangat luas merangkumi perkataan dari segi lisan mahupun bukan lisan . Oleh itu juga kajian tinjauan ini akan merungkai sama ada fitnah siber itu juga boleh dijatuhkan hukuman ataupun terangkum dalam golongan pemfitnah seperti yang terkandung dalam Al-Quran .
7.0 KESIMPULAN
Agama Islam juga mengetengahkan beberapa hak asasi yang boleh dipraktikkan oleh seseorang Muslim . Sesungguhnya terdapat 6 kebebasan bersuara yang dianjurkan oleh Islam (Harun Mahmud Hashim, 2001) . Pertama adalah hak memberi nasihat, hak berunding dan bermesyuarat, hak membuat ijtihad, hak mengkritik orang lain, hak memberikan pendapat, hak untuk berpersatuan dan akhir sekali kebebasan beragama .
Namun begitu persoalan tentang kebebasan bersuara ini banyak menimbulkan kontroversi di kalangan orang yang beragama islam. Dari satu sudut, Islam dilihat sangat sempurna apabila membenarkan umatnya untuk menyuarakan pendapat masing-masing . Tetapi, apakah yang perlu dilakukan seandainya seorang yang menyuarakan pendapatnya telah didapati menghina ataupun menyatakan sesuatu terhadap agama Islam itu sendiri ataupun saudara sama-sama Islam ? Masih boleh lagikah dia dibela di bawah prinsip kebebasan bersuara ataupun dia perlu dihukum sebagai orang yang tergolong dalam golongan pemfitnah ?
Apabila wujud sesuatu kontroversi seperti penghinaan terhadap Islam dan Muslim, kaum Muslim akan berkempen untuk membawa golongan yang terlibat itu untuk dihadapkan ke mahkamah. Alasannya, mereka telah melancarkan fitnah. Namun bagi pihak yang dituduh, mereka berasaskan yang mereka hanya mempraktikan kebebasan bersuara yang dianjurkan oleh Islam . Perkara ini jugalah yang berlaku terhadap seorang ahli akademik Kuwait, Dr. Ahmad Al-Baghdadi yang dipenjarakan selama sebulan di Kuwait kerana didapati menulis dalam satu artikel bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah gagal dalam misinya di Makkah . (Abdelwahab El-Affendi, 1999) Sememang, dari sudut Al-Quran itu sendiri telah menekankan bahawa Nabi Muhammad tidak gagal dalam misinya di Makkah . Hakikatnya, baginda berhijrah ke Madinah atas perintah Allah bagi memastikan keselamatan baginda dan kaum Muslimin terjamin . Misinya tidak terhenti setakat itu kerana daripada Madinah sendiri baginda masih lagi berusaha untuk mendidik dan berdakwah kepada penduduk Makkah . Timbul satu lagi isu disini bahawa apakah satu kayu ukur ataupun pengukuran tertentu yang diperlukan bagi mengukur sesuatu pernyataan itu bagi menentukan sama ada ia wajar atau tidak untuk diperkatakan .
Ini adalah sesuatu yang sangat subjektif kerana kadangkala ada pihak yang merasakan perkataan atau ayat itu tidak berbentuk fitnah tetapi pihak lain beranggapan yang sedemikian . Persepsi sebegini ini banyak dipengaruhi secara psikologi, latar belakang dan pengetahuan seseorang individu yang terbabit.
Ini juga menyebabkan individu yang bukan beragama Islam sering mempunyai salah tanggapan bahawa agama Islam itu satu agama yang jumud, terhad dan tidak bebas . Sedangkan hakikatnya Islam itu merupakan satu agama yang mementingkan kebebasan bersuara seperti agama dan masyarakat lain . Cuma Islam sedikit unik apabila ia mementingkan kemakmuran dan keamanan dan dengan itu ia menolak segala macam bentuk penganiayaan kepada bukan sahaja kaum Muslimin tetapi juga bukan Muslimin
Islam juga menekankan bahawa mana-mana kaumnya yang mengeluarkan perkataan boleh dikategorikan sebagai fitnah sekiranya ia mendatangkan bencana kepada individu lain . Di dalam Al-Quran tidak disebut ‘perkataan’ yang hanya merujuk kepada perkataan lisan sahaja . Oleh itu, ia menunjukkan bahawa perkataan itu membawa maksud yang sangat luas merangkumi perkataan dari segi lisan mahupun bukan lisan . Oleh itu juga kajian tinjauan ini akan merungkai sama ada fitnah siber itu juga boleh dijatuhkan hukuman ataupun terangkum dalam golongan pemfitnah seperti yang terkandung dalam Al-Quran .
7.0 KESIMPULAN
setiap negara di dunia mempunyai pendirian dan langkah-langkah yang
tertentu bagi menangani masalah jenayah siber ini. Begitu juga di Malaysia,
kerajaan telah mengambil langkah-langkah tersendiri bagi menangani perluasan
fitnah yang sedang berlaku dalam internet atau laman sosial. Ada di antara
rakyat Malaysia yang sering mempersoalkan kebebasan-kebebasan yang mereka fikir
wajar mereka perolehi supaya idea dan akal fikiran boleh diluahkan tanpa rasa
bersalah. Walaupun kerajaan bersifat terbuka, ia tidak seharusnya
disalahgunakan sehingga mendatangkan kekecohan atau kecederaan kepada pihak
lain. Rakyat perlu sedar bahawa mereka masih lagi tertakluk kepada
undang-undang yang telah ditetapkan.
Walaupun Internet dan sistem pesanan ringkas merupakan salah satu
bentuk media, tetapi sifat Internet dan sistem pesanan ringkas itu berbeza
dengan media-media lain. Hal ini dipandang dari sudut keupayaan Internet dan
sistem pesanan ringkas itu membolehkan para penggunanya memasukkan dan
memindahkan segala bahan maklumat mereka secara cepat dan segera. Ini
menyebabkan pembekal perkhidmatan Internet dan juga penyedia kemudahan
sistem pesanan ringkas sukar untuk mengadakan kawalan ke atas isi kandungan
yang dimasukkan ke dalam papan buletin Internet dan juga yang dikirimkan
melalui sistem pesanan ringkas. Oleh itu, secara ringkasnya dapatlah dikatakan
bahawa sewajarnya para pembekal perkhidmatan Internet dan juga penyedia
kemudahan sistem pesanan ringkas tidak dibebankan tanggungan terhadap
bahan-bahan yang dikirimkan dalam kedua-dua media tersebut.
Walaupun pihak pembekal perkhidmatan Internet itu tidak sewajarnya
dipertanggungjawabkan ke atas bahan-bahan yang terdapat dalam papan buletin
Internet mereka, tetapi jika dapat dibuktikan bahawa mereka telah bersubahat
atau telah turut sama dalam pengiriman bahan fitnah libel itu, maka dalam kes
sebegini, pembekal perkhidmatan Internet boleh turut sama
dipertanggungjawabkan atas kesalahan fitnah libel itu.
Akhir sekali, dalam usaha pembangunan e-Malaysia, setiap individu haruslah lebih peka dengan perancangan yang dibuat oleh kerajaan dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020. Dalam mewujudkan masyarakat “minda kelas pertama”, masyarakat haruslah mengetahui keburukan yang bakal menimpa sekiranya gejala fitnah siber ini menjadi satu bentuk penyakit yang serius di dalam masyarakat. Segala ucapan ataupun luahan hati haruslah disampaikan secara bijak dan teknologi maklumat bukannya satu bentuk landasan yang membolehkan kita melakukan apa sahaja bentuk kesalahan maya yang dianggap sebagai satu kesalahan remeh dan ringan.
8.0 LAMPIRAN
Majalah
Carta
Gambar
Keratan Akhbar
Keratan Akhbar
Keratan Akhbar
Video : FITNAH MELALUI MEDIA MASSA
9.0 RUJUKAN
- Fitnah melalui internet dan telekomunikasi menurut undang-undang ciptaan dan undang-undang islam - Abdul Basir bin Mohamad (Prof. Madya, Dr.) Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM abasir@pkrisc.cc.ukm.my (2007)
- Bidang agama, surat khabar Berita Harian, tarikh 22/07/2015, muka surat : 30
- BERITA MAFINDO diliputi oleh majalah Sindo Weekly (No28, Tahun VI, 11-17 September 2017 di rubrik "Nasional", halaman 17
- kamus Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition
- Lorimer, Rowland & Scannell, Patty (1994). Mass communications: a comparative introduction. Manchester University Press. m/s. 26–27. ISBN 978-0-7190-3946-1.
- Riesman, David and Gitlin, Todd and Glazer, Nathan (1950) The Lonely Crowd, preview at google books
- Vipond, Mary (2000). The mass media in Canada. James Lorimer & Company. m/s. 88. ISBN 978-1-55028-714-1.